Bagi para peminat permainan Halo daripada Microsoft, kini mungkin anda sudah boleh mengumpul duit untuk membeli permainan generasi baru mereka, dimana Microsoft hari ini telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan Halo 4 kepada umum pada 6 November kelak, yang mana akan membawakan sambungan jalan cerita daripada Halo 3 sebelum ini.
Halo 4 mengambil jalan cerita selepas 4 tahun berlakunya Halo 3, dan dikatakan oleh Microsoft membawakan beberapa perkara yang lebih interaktif bersama dengannya. Salah satu watak yang hadir kembali adalah Master Chief yang diminati ramai.
Perancangan lanjut berkaitan dengannya masih tidak diberitahu oleh Microsoft seperti sokongan pada platform dan sebagainya, dan mungkin kekal eksklusif untuk Xbox.
Paparan skrin awal Halo 4 daripada GameInformer.