SKMM Mensasarkan Kadar Penembusan Internet Mencecah 65% Tahun Ini

SKMM Mensasarkan Kadar Penembusan Internet Mencecah 65% Tahun Ini

Diterbitkan pada Apr 18, 2012 oleh .

Pada hari ini, internet boleh dikatakan salah satu perkara utama, dan seperti telah menjadi keperluaan utama dalam menjalani kehidupan harian. Di Malaysia, perkembangan internet dan kadar penembusan boleh dilihat meningkat dengan agak drastik pada beberapa tahun kebelakangan, dan menjadi agak perlahan pada tahun ini, walaupun terus meningkat dari hari ke hari.

Pada tahun lepas, kadar penembusan internet telah mencapai angka 62.9% di Malaysia, dan ia dijangka akan meningkat menjadi 65% pada tahun ini. Angka sasaran yang diperlihatkan mungkin sedikit. Ini adalah kerana beberapa faktor, dan salah satunya adalah untuk tahun ini, para penyedia internet selain memperluaskan rangkaian mereka, turut sama memfokuskan dalam mempertingkatkan perkhidmatan mereka, dengan menawarkan jalur-lebar berkelajuan tinggi.

UniFi boleh dikatakan salah satu perkara yang menjadi permintaan ramai buat masa ini, disamping Maxis dan P1 turut melancarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi berwayar mereka sendiri. Disamping itu, syarikat telekomunikasi mudah-alih juga dilihat memfokuskan kepada menaik-taraf menggunakan rangkaian LTE pada tahun ini.


TIPS & ULASAN