Semua Peranti Windows Phone Akan Menerima Kemaskini Windows Phone 8

Semua Peranti Windows Phone Akan Menerima Kemaskini Windows Phone 8

Diterbitkan pada Apr 18, 2012 oleh .

Nampaknya, para pengguna Windows Phone pada hari ini tidak lagi perlu risau akan berkenaan dengan sokongan peranti mereka untuk sistem operasi Windows Phone generasi baru kelak, apabila hari ini, salah seorang wakil daripada Microsoft Evangelist mengatakan yang mana Windows Phone 8 kelak akan menyokong semua peranti Windows Phone yang berada di pasaran hari ini.

Walaubagaimanapun, sokongan dan fungsi baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Windows Phone 8 masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Apa yang diketahui hanyalah mana kemaskini baru kelak bakal menggunakan nama kod Apollo, dan bakal membawakan pelbagai perubahan padanya, serta sokongan yang lebih mendalam bersama sistem operasi Windows 8.

Windows Phone 8 dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna sekitar suku tahun ke empat tahun ini.


TIPS & ULASAN