Chrome Untuk Android Dilancarkan Untuk Pengguna Malaysia

Chrome Untuk Android Dilancarkan Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Apr 18, 2012 oleh .

Pada bulan Februari yang lepas, Google telah pun melancarkan pelayar web Chrome untuk Android, dan ketika itu hanya menawarkannya kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja (walaupun boleh didapati oleh pengguna Malaysia melalui penggunaan beberapa cara). Hari ini, Google, secara rasminya memperluaskan aplikasi Chrome untuk Android itu kepada lebih 31 buah negara, termasuk di Malaysia.

Selain daripada sokongan yang diperluasan, Chrome untuk Android juga turut menerima beberapa kemaskini padanya, termasuk sokongan untuk melihat paparan pada desktop dengan lebih mudah dan pantas, memuat-turun fail, dan juga sokongan bookmark pada skrin utama.

Bagi mereka yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, anda boleh memuat-turun Chrome untuk Android ini secara percuma daripada Google Play hari ini, dan mula membawa pelayar web Chrome yang dicintai anda, terus ke mana-mana saja bersama peranti Android anda.


TIPS & ULASAN