Carian
Yuna, Samsung Galaxy Note dan Projek Sparkle
April 18, 2012 Aman

Walaupun Galaxy S3 bakal dilancarkan pada bulan hadapan, nampaknya, Samsung masih sayang akan peranti Galaxy Note mereka. Jikalau Microsoft untuk mempromosikan Windows Phone, mereka memperkenalkan kempen “Smoked By Windows Phone“, Samsung Malaysia pula memilih Yuna sebagai duta, dan bersama, sebuah lagu baru akan dirakam menggunakan Galaxy Note sepenuhnya.

Projek Sparkle ini merupakan sebahagian daripada promosi untuk lagu terbaru Yuna bersama Galaxy Note. Menariknya adalah dimana video muzik lagu ini akan dirakamkan sepenuhnya menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy Note, sekaligus membawakan promosi peranti tersebut setahap ke hadapan lagi. Sebelum ini, ia lebih dipromosikan dengan sokongan melukis padanya, dan mungkin melalui promosi baru ini, ia akan lebih memfokuskan kepada sokongan rakaman video dan menambah animasi padanya kelak.

Untuk menjayakan perkara ini, Yuna dan juga Samsung Malaysia mula menerima input daripada pengguna untuk disertakan pada muzik video tersebut kelak. Bagi mereka yang berminat boleh melayari laman Projek Sparkle (bakal diaktifkan bermula esok – 19 April), dan menyumbang idea anda untuk muzik video tersebut.

Komen