Celcom Dan Maxis Bakal Memperkenalkan Pelan iPad Baru

Celcom Dan Maxis Bakal Memperkenalkan Pelan iPad Baru

Diterbitkan pada Apr 18, 2012 oleh .

Celcom dan Maxis hari ini mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan pelan baru untuk iPad, bersama-sama dengan pelancaran iPad generasi ketiga di Malaysia pada hari Jumaat ini. Walaubagaimanapun, apa yang ditawarkan hanyalah pelan data sahaja, dan para pengguna masih perlu mendapatkan iPad melalui pengedar rasmi Apple seluruh negara.

Menurut kedua-dua gergasi syarikat telekomunikasi itu, mereka akan menggunakan rangkaian telekomunikasi mereka yang dinaik-taraf dalam menyediakan sokongan data yang pantas kepada para pengguna.

iPad baru didatangkan dengan cip pemprosesan A5X dengan sokongan grafik empat-teras, dan kamera 5-megapixel padanya. Memandangkan ia didatangkan dengan sokongan skrin resolusi tinggi, kebanyakkan aplikasi yang dioptimasikan untuknya bersaiz besar, berbanding yang biasa. Ia masih tidak diketahui sama ada Maxis dan Celcom bakal menawarkan penggunaan data yang lebih tinggi pada harga yang sama ataupun mengekalkan kuota penggunaan seperti biasa.


TIPS & ULASAN