Proton Preve merupakan kereta baru daripada pengeluar kereta tempatan, Proton, yang menyertakan beberapa perkara baru bersama dengannya. Dan dengan dunia teknologi sekarang ini, Proton mengambil langkah baru dalam mempromosikannya, membolehkan para pengguna melihat kereta tersebut dengan lebih dekat dalam bentuk 3D, melalui aplikasi khas mereka, Proton Preve AR.
Aplikasi Proton Preve AR ini menggunakan teknologi Augmented Reality, membolehkan para pengguna menggunakan kamera pada peranti mereka, dan mengawalnya ke kiri dan ke kanan untuk melihat kenderaan baru daripada Proton tersebut dengan lebih dekat. Apabila anda melihat sesuatu bahagian, sebuah kotak informasi akan diperlihatkan, menawarkan lebih banyak maklumat berkaitan dengannya, sekaligus para pengguna boleh mengetahuinya dengan lanjut berkenaan kereta terbaru daripada Proton itu.
Walaubagaimanapun, salah satu kekurangannya adalah dimana para pengguna perlu mencetak terlebih dahulu sebuah gambar khas, untuk memudahkan mereka melihatnya dalam bentuk AR. Walaupun ia boleh dilihat dengan terus melalui skrin monitor anda, tanpa perlu mencetaknya, namun, kawalan yang diberikan agak terhad, dan tidak menyeluruh seperti dicetak pada kertas.
Jadi, bagi anda yang gemar akan kereta terbaru daripada Proton Preve ini, dan masih tidak mempunyai masa untuk ke showroom Proton, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Proton Preve AR ini untuk platform iOS dan juga Android, dan mula melihat kereta Preve dalam bentuk 3D.
Tips daripada Fairul.