Carian
Aplikasi RTM Mobile Dilancarkan – Siaran Radio Dan TV RTM Pada Peranti Mudah-Alih
April 18, 2012 Omar

Nampaknya, dunia teknologi mudah alih tempatan semakin meriah dengan aplikasi RTM Mobile. Melaluinya, pengguna boleh menonton siaran televisyen seperti TV1, TV2, i dan Muzik Aktif dan mendengarkan kesemua sembilan saluran radio secara atas talian terus pada peranti mudah-alih mereka.

Aplikasi yang dilancarkan hari ini oleh Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr Rais Yatim itu dikatakan boleh diakses secara percuma oleh pengguna. RTM Mobile turut menyokong platform mudah alih seperti Android, Blackberry, Windows Phone dan Symbian OS yang membenarkan paparan video melalui HTML5 atau Adobe Flash.

Menurut laman web RTM Mobile, aplikasi yang dioptimasikan untuk pengguna mudah alih itu memerlukan sekurang-kurangnya kelajuan 200kbps untuk paparan TV dan 96 kbps untuk radio. Melalui ujian ringkas yang kami lakukan, ia bergerak lancar pada talian internet yang amat perlahan, membolehkan pengguna mengikuti siaran RTM dimana jua mereka berada. Namun, salah satu masalah yang kami lalui adalah tidak menemui butang kawalan bunyi untuknya, dan menggunakan sokongan butang kawalan bunyi tersedia pada peranti seperti tidak berfungsi.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang gemar menonton atau mendengar radio RTM, mungkin boleh melayari aplikasi RTM Mobile hari ini, dan tidak lagi tertinggal sebarang rancangan kegemaran anda.

Komen