Cari @ Amanz

Hari ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan yang mana sebanyak hampir 30% daripada peralatan dan peranti telekomunikasi dan teknikal yang terdapat di pasaran pada hari ini, termasuk telefon pintar, dan juga komputer riba adalah dibawah piawaian dan standard yang ditetapkan.

Umum sendiri sedia mengetahui yang mana dalam pembelian telefon ataupun komputer dan sebagainya, perkara pertama yang menjadi pilihan utama adalah pelekat asli padanya, dan beberapa perkara lain yang turut menjadi semakan para pembeli. Namun, bagi mereka yang mempunyai bajet dibawah nilai yang ditetapkan, mereka gemar mengambil peranti yang dilabelkan sebagai underwater sekaligus menjimatkan pembelanjaan mereka, tanpa mengambil kira apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

SKMM mengumumkan perkara ini setelah menandatangani perjanjian bersama pihak Sirim QAS International, dalam terus mengatasi masalah ini, selain pada masa yang sama, menawarkan pengguna dengan peralatan yang lebih baik dan dijamin keselamatannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd