Carian
(Video) iOS vs Android – Apakah Pilihan Anda?
April 19, 2012 Aman

Ingatkah lagi berkenaan dengan video bahagian pertama yang pernah kami kongsikan sebelum ini? Nampaknya, pengulas video tersebut telah pun mengeluarkan tambahan dua bahagian video baru lagi dalam mengulas berkaitan perbandingan antara Android dan juga iOS dengan membandingkan beberapa fungsi yang lain padanya.

Menariknya pada video ini adalah dimana pengulas menggunakan peranti dengan Android 2.2 untuk membandingkan dengan iOS versi terkini pada iPad generasi baru, dan bukannya menggunakan Ice Cream Sandwich seperti sebelum ini. Namun, beberapa kesilapan dilakukan pada video kedua ini, dimana pengulasnya meminta maaf pada video ketiga beliau.

Walaupun beberapa perkara kami bersetuju dengannya, namun di arena internet mahupun dunia nyata, setiap pengguna masih bebas meluahkan pendapat peribadi mereka. Seperti beberapa pengguna yang tinggalkan komen sebelum ini pada artikel pertama, kami juga berpendapat, walaupun Android kelihatan menarik pada telefon pintar, ia seperti masih tidak dioptimasikan sepenuhnya untuk pengguna tablet, dengan beberapa aplikasi yang tidak dioptimasikan sepenuhnya, disamping beberapa perkara tambahan yang menjadikan tablet iPad masih lagi mendominasi pasaran dunia.

Namun, dengan hadirnya Windows 8 kelak, mungkin kita akan dapat melihat perubahan drastik pada perkara ini, apatah lagi, Intel dan Microsoft telah pun mula mengatakan mereka akan berusaha untuk mematahkan pegangan Apple dalam dunia tablet yang melangkaui lebih 50% pada masa kini.

Kandungan dibawakan oleh Droid.my. Layari laman Droid.my untuk lebih banyak artikel memfokuskan Android.

Komen