Cari @ Amanz

Adobe Creative Suite 6 Dan Creative Cloud Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan

Oleh Aman

Link Copied!

Selepas pelancaran Photoshop CS6 Beta sebelum ini, diikuti dengan pelancaran beberapa aplikasi Adobe yang lain sebelu ini, kini Adobe telah pun mengumumkan secara rasminya, yang mana mereka bakal melancarkan Creative Suite 6 kepada umum, pada minggu hadapan, 23 April, yang mana akan membawakan pelbagai perkara tambahan pada perisian popular mereka itu.

Walaupun Adobe sebelum ini telah mengeluarkan beberapa video promosi untuk Photoshop CS6 dan memberikan idea apakah perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengannya, masih pelbagai perkara yang dirahsikan mereka untuk beberapa aplikasi lain. Ini termasuk untuk aplikasi popular InDesign CS6, Dreamweaver CS6, serta Flash Pro CS6, Fireworks CS6 dan lain-lain.

Melalui pelancaran pihak Adobe pada minggu hadapan, selain daripada Creative Suite 6, mereka juga akan melancarkan Creative Cloud kepada para pengguna mereka, yang akan menggunakan pembayaran mengikut bulanan, disamping memfokuskan kepada mereka yang bekerja dalam pasukan.

Mungkin kita akan dapat melihat dan mendapat tahu lebih lanjut berkaitan dengan CS6 dan juga Creative Cloud pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikannya.

Tips daripada Amir Zaim.


Komen ()