LittleBits – Lego Dengan Sokongan Elektronik

LittleBits – Lego Dengan Sokongan Elektronik

Diterbitkan pada Apr 19, 2012 oleh .

Bagi kebanyakkan orang, Lego boleh dikatakan salah satu permainan yang membawa kreativiti ke suatu tahap yang baru, dimana ia bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, tetapi juga oleh orang dewasa. Mengambil konsep yang lebih kurang sama, kini LittleBits diperkenalkan, membolehkan sesiapa sahaja membangunkan dan membawa kreativiti mereka dengan menggunakan peralatan elektronik.

Melalui LittleBits, ia membolehkan sesuatu komponen digabungkan dengan yang lain menggunakan sokongan magnet, sekaligus memudahkan anda menanggalkannya dan memasangnya. Setiap komponen dengan sokongan elektrik yang berbeza dikategorikan mengikut warna, seperti untuk input, lampu LED, motor, suis, dan sebagainya. Memandangkan ia masih lagi baru, pembangunnya mensasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak komponen dari semasa ke semasa, disamping mengeluarkan rekabentuk mereka dalam bentuk sumber terbuka untuk digunakan oleh semua.

Buat masa ini, harga LittleBits agak mahal, dan mungkin tidak mampu milik oleh semua orang. Namun, mungkin melalui LittleBits kelak, ia akan meningkatkan minat kanak-kanak (mahupun dewasa) dalam bidang elektronik, disamping membawa kreativiti ke tahap yang lebih tinggi lagi.


TIPS & ULASAN