Cari @ Amanz

Dengan penawaran IPO yang akan datang, nampaknya, Facebook menambah dan menguji pelbagai fungsi baru dari hari ke hari pada laman sosial mereka. Dan terbaru, hari ini, ia kelihatan Facebook sedang menguji sokongan fungsi baru yang dinamakan sebagai “Trending Articels”.

Melalui fungsi baru yang diuji ini, Facebook memfokuskan kepada sokongan Open Graph mereka, dimana membolehkan para pengguna mengetahui artikel apakah yang sedang dibaca oleh kebanyakkan rakan-rakan mereka pada sesuatu masa, dan membolehkan mereka tidak ketinggalan daripada mengikutinya bersama.

Buat masa ini, mekanisma berkaitan bagaimana sesuatu artikel itu dimasukkan dalam kategori tersebut masih lagi tidak diketahui, dan fungsi ini masih lagi pada peringkat ujian, dan masih belum dapat diakses oleh semua pengguna lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd