WinLaunch Membawakan Sokongan LaunchPad Pada OS X Lion Untuk Pengguna Windows

WinLaunch Membawakan Sokongan LaunchPad Pada OS X Lion Untuk Pengguna Windows

Diterbitkan pada Apr 19, 2012 oleh .

Salah satu perkara menarik pada sistem operasi Windows adalah kebebasan untuk mengubah-suai tema dan rekabentuk desktop supaya memenuhi citarasa pengguna. Terdapat pelbagai sokongan tema daripada ramai pembangun seluruh dunia, dan salah satunya adalah WinLaunch, yang mana membawakan sokongan integrasi seumpama Launchpad yang terdapat pada OS X Lion kepada pengguna Windows.

Perisian WinLaunch ini menyokong para pengguna Vista, Windows 7 dan juga Windows 8, membolehkan anda menambah akses pantas kepada pelbagai aplikasi, dokumen dan folder dengan mudah, disamping dapat mengalami pengalaman penggunaan OS X. Menariknya, WinLaunch turut didatangkan dengan pelbagai pilihan tetapan, dan dioptimasikan bukan sahaja untuk pengguna komputer biasa, tetapi juga peranti dengan skrin sentuh (monitor skrin sentuh dan juga tablet).

Dengan memasang aplikasi tersebut, para pengguna boleh menggunakan desktop seperti biasa, dan untuk menggunakan WinLaunch, anda hanya perlu gerakkan tetikus ke penghujung atas-kiri desktop anda, atau dengan mudah, menekan butang Shift-Tab. Selain akses pantas, anda juga boleh menyusun folder, aplikasi dan lain-lain akses pantas dengan mudah dalam bentuk kumpulan, dan menamakannya, sama seperti pada OS X dan iOS.

Bagi para pengguna Windows yang berminat, anda mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri WinLaunch ini hari ini, dan sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi pilihan lain dengan fungsi serupa, jangan lupa berkongsi bersama kami dibahagian komen.


TIPS & ULASAN