Samsung sebelum ini telah pun mula mengeluarkan jemputan media untuk pelancaran Galaxy generasi baru pada 3 Mei kelak. Nampaknya, dengan tarikh tersebut yang menjelang tiba dalam masa beberapa minggu lagi, lebih banyak info berkaitan Galaxy S3 mula kelihatan, dan terbaru sebuah gambar yang diperkatakan sebagai Galaxy S3.
Gambar yang didapatkan oleh Gizmodo itu dikatakan membawakan angka versi i9300 yang diperkatakan sebagai angka untuk model Galaxy S3. Dari segi spesifikasi, ia diperkatakan, peranti tersebut membawakan skrin seluas 4.8-inci, kamera 12-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Exynos, dan uga menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich.
Daripada gambaran juga, ia memperlihatkan sebuah butang fizikal utama pada bahagian hadapan untuk akses pantas. Memandangkan Ice Cream Sandwich memfokuskan kepada penggunaan butang atas skrin, ia masih tidak diketahui apakah kegunaannya, ataupun adakah TouchWiz tidak akan menggunakan butang atas-skrin.
Pada masa yang sama, kesahihan peranti ini juga tidak diketahui, dan tiada sebarang komen dikeluarkan pihak Samsung.