Apakah Kamera Paling Popular Di Arena Internet?

Apakah Kamera Paling Popular Di Arena Internet?

Diterbitkan pada Apr 19, 2012 oleh .

Pada hari ini, terdapat ratusan jenis kamera, dan dengan telefon mudah-alih dan juga tablet yang turut menyertakan sokongan merakamkan gambar dan video, ia turut menjadi salah satu pilihan utama untuknya. Menariknya adalah, dimana melalui statistik yang dikeluarkan oleh Flickr, salah satu laman yang popular dikalangan jurugambar dan pencinta gambar, kamera yang paling popular digunakan pada laman tersebut adalah kamera iPhone.

Perkara ini mungkin adalah kerana ia memudahkan para pengguna memuat-naik gambar serta-merta terus daripada telefon mereka, tanpa melalui pelbagai proses seperti pada kamera digital mahupun DSLR, yang memerlukan para pengguna memindahkannya kepada komputer terlebih dahulu, sebelum memuat-naiknya ke sesuatu laman.

Jadi, dari segi merakamkan gambar, apakah pilihan anda? Adakah kamera telefon pintar anda, ataupun kamera digital mahupun DSLR?

Kandungan berbentuk video dibawakan khas oleh Syed Syahrul untuk Amanz. Ikuti beliau di Twitter melalui @syedsyahrul.


TIPS & ULASAN