Trailer Untuk Permainan God of War : Ascesion Mula Kelihatan

Trailer Untuk Permainan God of War : Ascesion Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Apr 19, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang Sony merancang untuk mengumumkan pada hari ini adalah God of War : Ascension, iaitu kemaskini baru kepada permainan God of War, yang mana sebelum ini dikenali dan diura-ura akan sebagai God of War IV. Namun, sebelum Sony sempat mengumumkannya, kini video trailer untuk permainan tersebut telah pun mula tersebar di arena internet.

Memandangkan Sony belum mengeluarkan pengumuman rasmi, info berkaitan dengannya masih tidak diketahui. Namun, seperti biasa, ia dikatakan melalui Ascension, Kratos akan terus mencari kebebasan dan membalas dendam ke atas kematian keluarganya.

Seperti biasa, permainan versi baru God of War ini akan dikeluarkan untuk platform Sony PlayStation, dan dipenuhi dengan pelbagai aksi menarik sepanjang pengembaraan watak Kratos tersebut. Mungkin kita akan ketahui lebih lanjut berkaitan permainan ini kelak dengan pengumuman rasmi Sony dalam beberapa jam lagi.


TIPS & ULASAN