Telefon Pintar Dengan Cip Intel Pertama Dilancarkan – XOLO X900

Telefon Pintar Dengan Cip Intel Pertama Dilancarkan – XOLO X900

Diterbitkan pada Apr 19, 2012 oleh .

Nampaknya, seperti mana yang dikatakan Intel sebelum ini, hari ini, telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan Intel Medfield telah pun dilancarkan secara rasminya, iaitu Lava XOLO X900, yang dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread (boleh dikemaskini kepada Android 4.0 Ice Cream Sandwich), dan didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan Intel Atom 1.6GHz.

Telefon pintar tersebut turut didatangkan dengan sokongan Hyper Threading daripada Intel, membolehkan sokongan multi-tasking yang lebih baik, selain pada masa yang sama menjimatkan penggunaan bateri padanya.

Dari segi spesifikasi menyeluruh, ia menyertakan skrin bersaiz 4-inci, sokongan grafik sepantas 400MHz, RAM sebanyak 1GB, dan didatangkan bersama kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 1.3-megapixel. Ia turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan memori terbina sebanyak 16GB padanya.

Dari segi pasaran, ia bakal mula dijual di India bermula bulan ini pada harga sekitar Rs 22,000, dan masih tidak diketahui sama ada ianya akan turut dijual dinegara luar ataupun tidak. Namun, dengan pelancaran ini, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak peranti pintar yang menggunakan cip pemprosesan Intel muncul dipasaran.


TIPS & ULASAN