Carian
Permainan Baru Call of Duty Bakal Diumumkan Tidak Lama Lagi?
April 19, 2012 Aman

Nampaknya, akhir-akhir ini, beberapa permainan popular mula memperlihatkan sekuel terbaru permainan terbaru mereka, dan Activision turut tidak ketinggalan dengan memperkenalkan permainan tembak-menembak popular mereka, Call of Duty. Melalui Kotaku, ia dilaporkan yang mana Call of Duty : Black Ops 2 mungkin akan diumumkan seawal 2 Mei kelak.

Permainan terbaru Call of Duty yang dikatakan sebagai sambungan daripada permainan Black Ops sebelum ini dijangka ramai akan dilancarkan sekitar penghujung tahun ini kelak.

Buat masa ini, Activision, seperti biasa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan perkara ini. Namun, mungkin kita akan dapat ketahui lebih banyak perkara berkaitan dengan permainan baru Call of Duty ini dalam masa terdekat.

Komen