Cari @ Amanz

Akhirnya, iPad generasi baru telah pun mula dijual di pasaran Malaysia hari ini, dimana selain mendapatkannya daripada pengedar rasmi Apple di Malaysia seperti melalui Machines, Switch dan sebagainya, para pengguna juga boleh mendapatkannya melalui Apple Store Malaysia bermula hari ini. Namun, seperti biasa, Apple Store mengambil masa sehingga seminggu untuk penghantarannya.

iPad generasi ketiga ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM1499 untuk versi 16GB WiFi, dan meningkat sehingga ke RM2499 untuk iPad versi 32GB dengan sokongan HSPA+ (dan 4G).

Untuk makluman, iPad generasi baru ini membawakan sokongan skrin resolusi tinggi dengan paparan Retina, kamera 5-megapixel untuk rakaman gambar dan juga video dalam bentuk 1080p, dan kemaskini dari segi cip pemprosesan, dan sokongan grafik empat-teras. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya terus daripada pengedar rasmi Apple di Malaysia, ataupun mula melakukan tempahan anda daripada laman Apple Store Malaysia hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd