GMail Meter Membolehkan Anda Mengetahui Statistik Dan Penggunaan Akaun Emel Anda

GMail Meter Membolehkan Anda Mengetahui Statistik Dan Penggunaan Akaun Emel Anda

Diterbitkan pada Apr 20, 2012 oleh .

Sebelum ini, Google telah pun memperkenalkan sebuah halaman khas untuk memperlihatkan aktiviti seseorang pada produk-produk Google dengan mudah, terus melalui satu halaman sahaja. Dan untuk terus memudahkan para pengguna mengetahui aktiviti mereka pada perkhidmatan emel daripada Google, kini sebuah aplikasi dinamakan sebagai GMail Meter diperkenalkan.

GMail Meter dibangunkan salah seorang penyumbang kepada Google Apps Script, dimana ia memberikan pelbagai statistik dan data-data menarik berkaitan dengan akaun emel Google anda. Ia juga menganalisa menyeluruh cara penggunaan anda, dan menghantar emel kepada anda setiap sebulan, dengan menyertakan data-data berkaitan dengannya.

Melalui GMail Meter, para pengguna GMail dengan mudah boleh mengetahui statistik kandungan emel mereka, trafik harian (dari segi berapa emel diterima dan dihantar), kekerapan anda menghantar emel dalam sesuatu minggu, kategori emel, bilangan perkataan pada emel, dan pelbagai perkara menarik yang lain lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui cara penggunaan GMail mereka sendiri, mungkin boleh memasang GMail Meter hari ini, dan memantaunya dengan lebih mudah.

Untuk memasangnya, anda hanya perlu membuka Google Docs, dan memilih Spreadsheet. Dari sana, pilih Tools > Script Gallery. Lakukan carian untuk GMail Meter, dan klik Install. Sebaik sahaja sebuah menu khas dinamakan GMail Meter ditambah, klik padanya, dan dapatkan laporan penggunaan anda, dan ketahui sendiri cara penggunaan dan statistik menarik berkaitan GMail oleh anda.


TIPS & ULASAN