Cari @ Amanz

Agak jarang kita mendengar syarikat tempatan yang diambil-alih. Selepas Octazen diambil-alih oleh Facebook, dan GroupsMore oleh Groupon, kini UploadNSell, salah satu laman yang menyediakan kemudahan menjual barangan digital, kini diambil-alih oleh syarikat tempatan, Slashes & Dots.

Bagi yang tidak mengetahui mengenai Slashes & Dots, salah satu produk popular mereka adalah JomSocial, dan juga turut dalam pembangunan Offiria sebelum ini. Harga dan terma pengambil-alihan masih tidak diketahui buat masa ini, dan kelihatan UploadNSell kini dalam proses kemaskini, dari segi pelayan, antaramuka dan sebagainya.

Bagi yang tidak ketahui akan UploadNSell, ia merupakan salah satu perkhidmatan tempatan yang membolehkan para penjual barangan digital, hanya memuat-naik barangan atau produk mereka ke laman tersebut, dan menetapkan harga jualan dan sebagainya. Sebuah URL dan halaman khas akan disediakan, membolehkan mereka menjual barangan digital mereka dari situ, tanpa keperluaan untuk mendapatkan sebuah web khas dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd