Peranti Pertama Boot-To-Gecko Akan Dilancarkan Pada Awal 2013

Peranti Pertama Boot-To-Gecko Akan Dilancarkan Pada Awal 2013

Diterbitkan pada Apr 20, 2012 oleh .

Setelah peranti pertama dengan menggunakan cip pemprosesan Intel diperkenalkan semalam, hari ini, Mozilla mengumumkan yang mana mereka akan mula menjual peranti dengan Boot-To-Gekco pada awal 2013 kelak. Namun, ia akan mula dijual di Brazil pada waktu itu, dan masih tidak diketahui sama ada akan hadir ke negara lain ataupun tidak.

Boot-To-Gekco merupakan platform mudah-alih yang dibangunkan oleh pihak Mozilla, dimana ia dijalankan sepenuhnya menggunakan HTML5, sekaligus menjadikannya mesra dengan pelbagai aplikasi web sedia ada pada hari ini. Pada masa yang sama, Mozilla Marketplace turut didatangkan bersama dengannya memudahkan para pengguna menemui aplikasi menarik, disamping para pembangun mempromosikan aplikasi mereka padanya.

Memandangkan Boot-To-Gekco adalah berasaskan sumber terbuka, mungkin kita akan dapat melihat sokongan untuk beberapa peranti lain turut diperkenalkan padanya. Buat masa ini, Mozilla hanya menyediakan sokongan untuk Galaxy S2 memasang Boot-To-Gecko, dimana sekiranya anda menggunakan Galaxy S2, mungkin boleh memasang, dan mula menggunakan hari ini.


TIPS & ULASAN