Cari @ Amanz

Dengan pelancaran iPad baru hari ini, syarikat telekomunikasi DiGi turut sama telah mengeluarkan pelan khas untuk pengguna iPad, menawarkan pakej data mereka bermula daripada harga RM25 untuk pelan iPad Lite dengan kuota bulanan sebanyak 500MB. Selain daripada iPad Lite, mereka juga turut menawarkan pelan iPad Basic dan juga iPad Pro.

Melalui talian data yang disediakan oleh DiGi, mereka menjanjikan kelajuan purata sepantas 700kbps untuk muat-turun dan 200kpbs untuk muat-naik. Ia boleh dikatakan pakej yang ditawarkan oleh DiGi leih bergantung kepada talian HSPA dan HSPA+ yang disokong pada iPad dan bukannya rangkaian 4G. Dan dengan sokongan Retina pada iPad baru, semestinya ia akan menggunakan lebih banyak data daripada biasa, dan mungkin membuatkan anda perlu melanggan pelan dengan kuota lebih tinggi.

Namun, seperti biasa, apa yang ditawarkan oleh DiGi hanyalah rangkaian data sahaja, dan bukannya iPad disertakan sekali seperti peranti-peranti lain yang ditawarkan mereka sebelum ini. Selain daripada DiGi, Maxis dan juga Celcom dijangka akan memperkenalkan pakej mereka dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd