Blizzard Memperkenalkan Diablo 3 Beta Terbuka Untuk Penghujung Minggu Ini

Blizzard Memperkenalkan Diablo 3 Beta Terbuka Untuk Penghujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Apr 20, 2012 oleh .

Permainan Diablo 3 merupakan salah satu permainan yang dinantikan ramai untuk bertahun lamanya. Dengan pelancarannya yang disasarkan pada 15 Mei kelak, kini Blizzard telah pun mengumumkan pengenalan Diablo 3 Beta terbuka kepada semua, daripada hari ini sehingga ke Isnin kelak, membolehkan pemain menguji terlebih dahulu permainan tersebut.

Melalui Diablo 3 Beta terbuka ini, salah satu perkara yang ingin diuji oleh Blizzard adalah sokongan pelayan mereka melalui Battle.net, disamping turut mempromosikan permainan mereka itu dengan lebih terbuka kepada semua. Semua pemain yang berminat, boleh menguji permainan tersebut secara percuma, dan memainkan kelima-lima watak yang didatangkan, sehingga ke tahap 13.

Ini juga merupakan salah satu cara untuk Blizzard menguji sokongan pelayan mereka untuk menampung angka pengguna yang tinggi, sebelum permainan tersebut dilancarkan secara rasminya dalam versi penuh pada 15 Mei kelak.

Jadi, adakah anda akan menantikan untuk pelancarannya secara rasmi, ataupun tidak sabar, dan akan menguji versi betanya hari ini?


TIPS & ULASAN