Kaspersky Melaporkan OS X Akan Lebih Kerap Diserang Malware Pada Tahun Ini

Kaspersky Melaporkan OS X Akan Lebih Kerap Diserang Malware Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Apr 20, 2012 oleh .

Nampaknya, sepanjang tahun ini, para pengguna OS X perlu berhati-hati lagi, disamping mungkin boleh mula memasang sebarang aplikasi sekuriti tambahan untuk melindungi komputer mereka Ini adalah kerana, dimana menurut Kaspersky, mereka mensasarkan yang mana lebih banyak serangan dan malware akan dibangunkan untuk OS X sepanjang tahun ini.

Perkara ini, dikatakan berkait secara langsung dengan angka penggunaan sistem operasi OS X yang semakin meningkat dari hari ke hari. Pada tahun lepas sahaja, OS X memegang pasaran komputer sebanyak 5%, berbanding dengan Linux yang dibawah 2%, dan Microsoft yang memegang majoriti daripadanya melalui Windows.

Menurut Kaspersky, ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar untuk membangunkan malware ataupun perkara yang berkaitan dengannya untuk OS X. Ia dilaporkan, sebelum ini, banyak kali Safari, Quicktime dan beberapa perisian Apple telah dikenal-pasti kelemahannya, seringkali pada acara seperti pertandingan pwnage. Dan dengan angka pengguna yang semakin meningkat naik, ia turut dijadikan sasaran oleh mereka, untuk mencuri data, dan membuat pelbagai perkara berkaitan yang lain.

Pada tahun ini sahaja, salah satu trojan popular yang menyerang OS X adalah Flashback, yang kini dikatakan masih terdapat pada lebih kurang 30,000 komputer, setelah Apple mengeluarkan kemaskini dan aplikasi khas untuknya pada minggu lepas.

TIPS & ULASAN