Video Promosi Pertama Untuk Permainan Crysis 3 Dipertontonkan

Video Promosi Pertama Untuk Permainan Crysis 3 Dipertontonkan

Diterbitkan pada Apr 20, 2012 oleh .

Electronic Arts sebelum ini telah pun mengumumkan yang mana Crysis 3 bakal mula menemui para pemain pada tahun hadapan, dan salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah bagaimana sokongan grafik dan permainannya. Walaupun trailer penuh disasarkan untuk dilancarkan pada 24 April, kini teaser promosi ringkas dikeluarkan untuk memberikan idea awal untuk permainan tersebut.

Melalui Crysis 3, ia akan mengambil lokasi di New York, dimana watak pemain kembali ke New York, dan mendapati pelbagai perubahan, dan aksi permainan fiksyen ini bermula daripada itu. Permainan Crysis sendiri terkenal dengan grafiknya yang amat baik, dan dengan penggunaan CryEngine 3, ia bakal membawanya ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Jadi, sama-sama kita nantikan 24 April untuk trailer penuh permainan tersebut, sementara menantikan pelancaran permainan tersebut pada tahun hadapan, 2013.


TIPS & ULASAN