Carian
Anonymous Memperkenalkan Perkhidmatan Muzik Atas-Talian – AnonTune
April 21, 2012 Aman

Kumpulan pengodam dan hacktivist terkenal, bukan sahaja terkenal dengan pengodaman dan serang ke atas laman web dan sebagainya, tetapi juga dengan projek-projek mereka dalam memfokuskan kebebasan internet dan kandungan melaluinya. Terkini mereka memperkenalkan perkhidmatan muzik mereka tersendiri, dinamakan sebagai Anontune.

Buat masa ini, perkhidmatan Anontune masih dalam peringkat pembangunan, dan hanya siap sebanyak 20% sahaja, disamping masih perlu melalui pelbagai fasa pembangunan padanya.

Melalui Anontune, ia mengumpulkan lagu-lagu daripada beberapa laman web terkemuka, termasuk YouTube, SoundCloud dan yang lain-lain, membolehkan para pengguna untuk mendengar lagu tanpa perlu mendaftar dan sebagainya, dan lagu dimainkan terus daripada laman-laman tersebut. Memandangkan perkara ini berlaku, maka mungkin syarikat rakaman tidak begitu risau akan mengenainya, dan hanya perlu berurusan dengan pihak YouTube dan sebagainya sekiranya ingin membuang lagu mereka dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh melihat pada laman Anontune, dan melayarinya dalam mendengar lagu, mahupun mendaftarkan akaun untuk menggunakannya. Memandangkan ia baru sahaja siap sebanyak 20%, maka antaramuka dan sebagainya mungkin akan berubah pada versi akhir kelak.

Komen