Cari @ Amanz

Samsung Bakal Turut Melancarkan Galaxy Tab Baru Dan S-Cloud Pada 3 Mei

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan sebuah acara khas yang diadakan pada 3 Mei kelak, ramai yang menantikan peranti Galaxy S3 daripada Samsung. Namun, ia diperkatakan, Samsung bukan sahaja akan melancarkan telefon pintar utama mereka itu, malah turut akan memperkenalkan beberapa perkara tambahan, termasuk Galaxy Tab baru dan juga perkhidmatan storan atas-talian mereka, S-Cloud.

Melalui ura-ura terkini yang kedengaran, ia diperkatakan Samsung turut sama akan mengumumkan tablet terbaru bersaiz 10.1-inci pada acara tersebut, iaitu salah satu penambahan kepada keluarga Galaxy Tab. Tiada sebarang maklumat lanjut diketahui berkenaan dengan perkara ini, dan apa yang dikatakan adalah ia hanya akan menyertakan cip pemprosesan dwi-teras padanya.

Disamping itu, perkhidmatan storan awan daripada Samsung turut sama dijangka akan diperkenalkan pada acara tersebut, dikenali sebagai S-Cloud buat masa ini. Melaluinya, ia diperkatakan akan memudahkan para pengguna sync kandungan dengan mudah pada pelbagai peranti Samsung mereka., dan dikatakan akan menawarkan ruangan lebih daripada 5GB bersama dengannya.

Jadi, mungkin selain daripada kejutan Galaxy S3, mungkin Samsung menyusun beberapa perkara lain untuk turut dilancarkan pada hari tersebut. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya pada hari tersebut.


Komen ()