Samsung Galaxy S3 Diperlihatkan Terlebih Dahulu Dengan Lebih Dekat Melalui Video

Samsung Galaxy S3 Diperlihatkan Terlebih Dahulu Dengan Lebih Dekat Melalui Video

Diterbitkan pada Apr 21, 2012 oleh .

Sesuatu perkara yang tidak dijangka, dimana hari ini, Samsung Galaxy S3 diperlihatkan dengan lebih dekat oleh salah seorang pengulas daripada Vietnam. Namun, menurut beliau, ia mungkin prototaip awal, dan mungkin versi akhirnya kelak mempunyai sedikit perbezaan, dan tidak begitu jauh daripada apa yang dipertontonkan.

Melalui video yang diperlihatkan, ia ditunjukkan dengan lebih dekat peranti tersebut, dimana ia membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, kamera 8-megapixel, memori sebanyak 1GB RAM, dan juga skrin seluas 4.6-inci padanya dengan resolusi 720×1280 dan 320Dpi. Ia juga turut didatangkan bersama sokongan NFC padanya. Dari segi sistem operasi, ia turut didatangkan bersama-sama dengan Android Ice Cream Sandwich, dan juga antaramuka TouchWiz.

Jadi, adakah anda akan mendapatkan Galaxy S3 sekiranya serupa seperti apa yang dipertontonkan?


TIPS & ULASAN