Google+ Membawakan Sokongan SMS Untuk Para Pengguna Malaysia

Google+ Membawakan Sokongan SMS Untuk Para Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Apr 21, 2012 oleh .

Nampaknya, mungkin Google+ akan mula lebih popular di Malaysia tidak lama lagi, dimana kini Google telah pun menambah sokongan SMS kepada para pengguna Google+ tempatan, membolehkan mereka mengikuti pelbagai kemaskini serta menerima notifikasi dan membalasnya melalui SMS. Anda juga boleh menghantar pelbagai kemaskini status terus melalui SMS kepada Google+ dengan mudah.

Ini sekaligus membolehkan para pengguna mengikuti kemaskini Google+ bukan sahaja melalui telefon pintar iOS dan juga Android, malah turut membolehkan mereka yang menggunakan telefon mudah-alih biasa, mengikuti kemaskini sosial mereka melalui SMS.

Bagi mereka yang ingin mengikuti kemaskini sosial mereka daripada Google+ melalui SMS, mungkin boleh mengaktifkan fungsi ini hari ini, dan mula lebih aktif menggunakan laman sosial tersebut.


TIPS & ULASAN