Snap2Get Memudahkan Anda Membeli-Belah Barangan Menggunakan Telefon Pintar Dan Kod QR

Snap2Get Memudahkan Anda Membeli-Belah Barangan Menggunakan Telefon Pintar Dan Kod QR

Diterbitkan pada Apr 21, 2012 oleh .

Sebelum ini, mungkin ramai yang sudah biasa melihat video promosi Tesco di Korea, dimana para pengguna boleh melakukan pembelian barangan kegunaan harian, terus ketika menantikan keretapi dan sebagainya. Kini, perkara sama turut dapat dinikmati pengguna tempatan, dengan Snap2Get yang sedang giat dalam proses pengenalan perkhidmatan mereka.

Pembangunnya, mensasarkan untuk memasang stesen maya Snap2Get disekitar beberapa kawasan utama seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Pahang dan juga Sabah. Dan sebagai permulaan, mereka sedang dalam proses memasang 600 stesen maya disekitar stesen LRT, terminal bas di Kuala Lumpur dan Putrajaya, membolehkan para pengguna membuat pembelian ketika dalam perjalanan pulang, dan menerima barangan mereka apabila tiba dirumah.

Perkara ini sekaligus menjimatkan masa mereka, dan tidak perlu membazirkan masa dengan ke pusat membeli-belah ataupun kedai-kedai berhampiran.

Buat masa ini, Snap2Get akan menawarkan kemudahan pembelian dengan mengimbas kod QR pada stesen maya yang akan ditempatkan dikawasan-kawasan yang dikunjungi ramai, disamping menyediakan katalog khas, mahupun terus melalui internet.

Aplikasi Snap2Get untuk Android turut sama telah dilancarkan, dan mungkin aplikasi untuk pelbagai platform lain turut sama akan diperkenalkan dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN