Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang semakin mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini adalah perkara berkaitan dengan perhimpunan awam, mahupun sesuatu acara secara amnya. Masalah yang timbul selalunya adalah kesukaran untuk mengetahui hadirin ke sesuatu acara dan perhimpunan, membuatkan sukar untuk mendapatkan data berkenaan dengannya. Untuk mengatasi perkara ini, salah satu aplikasi yang dibangunkan pembangun tempatan adalah Ocupy.

Buat masa ini, aplikasi Ocupy hanya ditawarkan untuk para pengguna iOS, dan masih tidak diketahui berkenaan perancangan untuk platform lain. Melaluinya, ia tidak mengambil sebarang data peribadi daripada anda, kecuali sekiranya anda bercadang untuk berkongsi aktiviti anda di laman sosial seperti Twitter mahupun Facebook.

Melalui aplikasi Ocupy, ia menawarkan sokongan geolokasi, membolehkan anda mengetahui pelbagai aktivti dan acara yang diadakan berhampiran anda. Selain itu, pada halaman utamanya, ia memaparkan pelbagai aktiviti yang berlaku diseluruh dunia, bersama-sama dengan lokasi, tarikh dan sebagainya.

Setiap suatu acara mahupun aktiviti, ia turut didatangkan bersama-sama halaman khas untuknya, membolehkan anda melihat lokasi dalam bentuk peta Google Maps, dan mendapatkan lebih maklumat berkaitan dengannya, termasuk dari segi penerangan dan objektif aktiviti tersebut, dan info rujukan seperti halaman Facebook mahupun halaman web rasmi acara atau perhimpunan tersebut.

Aplikasi Ocupy juga turut membolehkan para pengguna untuk membuat acara mereka sendiri, dan menyenaraikan padanya. Membuat sebarang acara dan menambah padanya adalah percuma, dan anda boleh melakukannya tanpa perlu menambah sebarang informasi berkaitan diri anda.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi percuma Ocupy ini daripada Apple AppStore hari ini, dan mengetahui pelbagai perkara disekeliling anda dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd