Ingatkah lagi dengan Lowyat.net Store? Nampaknya, kini mereka telah pun menjenamakan semula kedai atas-talian mereka, dengan menggunakan nama StoreKini. Melaluinya, sama seperti sebelum ini, membolehkan para pengguna mendapatkan pelbagai barangan dan peralatan elektrik pada harga yang murah dan berpatutan, tanpa perlu keluar dari rumah.
Melalui StoreKini, para pengguna bukan sahaja boleh mendapatkan tshir eksklusif Lowyat, tetapi turut sama boleh mendapatkan pelbagai perkara, termasuk telefon pintar, tablet, peralatan komputer, dan juga GPS. Ia turut menawarkan pelbagai telefon pintar dan peralatan komputer baru, termasuk HTC One X yang dilancarkan baru-baru ini. Dari segi pembayaran pula, bukan sahaja mereka menerima pembayaran melalui bank tempatan dan kad kredit, tetapi turut sama menerima pembayaran melalui PayPal.
Jadi, bagi anda yang berminat dengan peralatan komputer dan yang berkaitan dengannya, mungkin boleh melayari laman StoreKini hari ini.