Carian
Grafik Pada Telefon Pintar Bakal Mendahului Xbox 360 Menjelang 2014
April 21, 2012 Aman

Dengan pelbagai pembangun permainan mula membangunkan permainan untuk platform mudah-alih, terutamanya iOS dan Android, kini NVIDIA mengatakan yang mana menjelang tahun 2014 kelak, GPU pada peranti mudah-alih akan menawarkan lebih prestasi daripada apa yang ditawarkan oleh Xbox 360 pada hari ini, sekaligus membolehkan lebih banyak permainan berkualiti tinggi dimainkan padanya dengan mudah.

Perkara ini, sekaligus memperlihatkan yang mana peranti mudah-alih kelak akan dapat menandingi konsol permainan dalam bentuk tawaran grafik dan sebagainya. Walaubagaimanapun, menjelang tempoh tersebut, semestinya Xbox generasi baru, yang dikatakan sebagai Xbox 720 bakal dilancarkan, membawakan sokongan grafik yang lebih baik lagi.

Pada hari ini, cip pemprosesan pada telefon pintar sendiri semakin meningkat naik prestasinya daripada hari ke hari, dengan pelbagai peranti baru kini mula menggunakan cip pemprosesan empat-teras padanya. Pada masa yang sama, skrin dengan resolusi tinggi juga kian menjadi matlamat baru pengeluar peranti mudah-alih.

Jadi, dengan perkembangan positif dalam arena industri mudah-alih, ia bukanlah suatu yang mustahil untuk peranti mudah-alih didatangkan dengan cip pemprosesan dengan sokongan GPU yang menandingi Xbox 360 pada tahun 2014 kelak.

Komen