Amazon Jerman Memulakan Pra-Tempahan Untuk Galaxy S3

Amazon Jerman Memulakan Pra-Tempahan Untuk Galaxy S3

Diterbitkan pada Apr 21, 2012 oleh .

Nampaknya dengan sedikit perbezaan pada spesifikasi daripada apa yang dilaporkan sebelum ini, kini Amazon Jerman telah pun memulakan pra-daftar untuk peranti Samsung Galaxy S3. Namun, tiada sebarang gambar yang disertakan bersama-sama dengannya.

Melalui halaman yang masih aktif lagi, Amazon Jerman membolehkan para pengguna untuk mendaftarkan minat dan mendapatkannya pada harga kurang RM2500 (EUR599). Walaupun harga akhir kelak berbeza di Malaysia, namun salah satu perkara yang menarik minat pada halaman tersebut adalah spesifikasi untuk Galaxy S3.

Melalui halaman pada Amazon Jerman, ia memperkatakan yang mana Galaxy S3 bakal didatangkan bersama-sama dengan skrin Super AMOLED bersaiz 4.7-inci, storan terbina 16GB dengan sokongan mikroSD, kamera 12-megapixel, dan turut didatangkan bersama-sama dengan Android Ice Cream Sandwich padanya. Tiada sebarang informasi berkaitan dengan cip pemprosesan dan lain-lain disertakan padanya.

Bagi mendapatkan titik noktah untuk segala persoalan berkaitan dengan spesifikasi dan rekabentuk peranti tersebut, mungkin kita perlu menantikan pengumuman rasminya pada 3 Mei kelak.


TIPS & ULASAN