Cari @ Amanz

Idea Untuk Sistem Operasi FirefoxOS Dibincangkan Pengguna

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan lebih ramai yang mula menghabiskan masa pada pelayar web dari hari ke hari, kini, melalui laman Reddit, para pengguna berbincang mengenai idea berkenaan dengan FirefoxOS, disamping menyediakan beberapa paparan skrin untuk memberikan idea awal bagaimana ia akan berfungsi kelak.

Berbeza dengan ChromeOS yang berfungsi sepenuhnya atas perkomputeran awan, dan memerlukan internet untuk berfungsi, idea FirefoxOS yang dibentangkan adalah berbeza, dimana ia dipasang seperti biasa pada komputer, dan berjalan seperti biasa, tetapi cuma didatangkan dengan antaramuka pelayar.

Pada masa yang sama, ia juga akan menyertakan bar alamat seperti biasa, dimana para pengguna boleh menaip alamat URL seperti biasa, dan pada masa yang sama, boleh membuka aplikasi dengan hanya menaip nama aplikasi pada URL, seperti GIMP dan sebagainya.

Walaupun ianya hanya pada peringkat idea dan dibincangkan secara awam, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dibangunkan. Jadi apakah pendapat anda untuk FirefoxOS ini?


Komen ()