Cari @ Amanz

Umum sedia ketahui akan laman MalaysiaKini, yang mana merupakan salah satu laman web yang dikunjungi ramai pembaca dan pengguna internet di Malaysia. Kini, selain mempunyai aplikasi untuk pelbagai platform, mereka juga turut sama menawarkan aplikasi Windows Phone mereka tersendiri, kepada para pengguna Windows Phone tempatan secara percuma.

Menariknya adalah dimana aplikasi tersebut turut sama didatangkan dengan langganan percuma selama 6 bulan apabila anda mendaftar secara percuma melaluinya. Perkara ini, sekaligus membolehkan anda mengikuti berita penuh terus daripada peranti Windows Phone dengan lebih mudah.

Seperti versi web, melalui aplikasi yang menggunakan antaramuka Metro itu, MalaysiaKini menawarkannya dalam pilihan bahasa Inggeris, Malaysia, dan juga Cina. Para pengguna turut boleh mengikuti video yang dimuat-naik ke MalaysiaKini.TV terus melaluinya.

Bagi para pengguna Windows Phone, anda boleh memuat-turunnya hari ini secara percuma, dan mula ikuti kemaskini berita di MalaysiaKini terus pada peranti mudah-alih anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd