Di Malaysia, terdapat beberapa laman jual-beli terkemuka, dan salah satunya adalah Laku.my yang menekankan antaramuka bercirikan minimalis sebelum ini. Kini, nampaknya pembangun laman jual-beli tersebut bakal memperkenalkan antaramuka baru tidak lama lagi, dengan mengambil inspirasi rekabentuk seumpama Pinterest yang kian popular.
Pada masa yang sama, melalui rekabentuk baru itu juga, mereka nampaknya akan lebih memfokuskan kepada penjualan barangan dengan pantas tanpa pendaftaran, selain memudahkan para pengguna melakukan carian melaluinya. Sebelum ini, Laku.my untuk mengatasi penipuan melalui jualan, telah mempekenalkan sebuah halaman khas yang mengumpulkan nama-nama dan informasi berkaitan dengannya, dan turut mengatakan akan memperkenalkan API untuknya bagi semua pembangun. Namun, ia seperti tidak diteruskan, dan halaman tersebut tidak boleh diakses buat masa ini.
Buat masa ini, Laku.my masih kekal menggunakan rekabentuk yang lama, dan ia tidak diketahui bilakah ianya akan menerima kemaskini baru ini. Mungkin juga antaramuka akhir kelak berbeza dengan apa yang diperlihatkan sekarang.