Nokia Memperlihatkan Iklan Video Yang Dirakamkan Menggunakan PureView

Nokia Memperlihatkan Iklan Video Yang Dirakamkan Menggunakan PureView

Diterbitkan pada Apr 22, 2012 oleh .

Dalam banyak-banyak peranti Symbian, salah satu yang dinantikan ramai adalah Nokia 808 PureView yang membawakan sokongan kamera 41-megapixel bersama-sama dengannya. Ia masih lagi tidak diketahui bilakah telefon pintar tersebut akan tiba di Malaysia, namun Nokia telah pun memulakan promosinya, dengan mempertontonkan sebuah iklan khas yang dirakamkan menggunakan kamera telefon pintar tersebut sepenuhnya.

Dengan melihat daripada video yang dimuat-naik oleh Nokia, boleh dikatakan kualiti rakaman video melalui kamera PureView amat menarik sekali berbanding dengan kamera telefon pintar yang lain di pasaran. Sebelum ini sendiri, Nokia telah menarik minat ramai pengguna yang gemarkan merakamkan gambar melalui telefon pintar Nokia N8 mereka, dan semestinya dengan kualiti rakaman yang dipertontonkan ini, lebih ramai yang menantikan telefon pintar baru daripada Nokia ini.

Jadi, bagi anda, adakah anda akan mendapatkan telefon pintar baru ini jikalau harganya memuaskan?

Nota : Symbian kini dikenali sebagai Nokia OS.


TIPS & ULASAN