Cari @ Amanz

Akhbar The Star boleh dikatakan salah satu akhbar terkemuka di Malaysia. Selepas memperkenalkan aplikasi e-akhbar mereka kepada para pengguna Android dan iOS pada awal bulan ini, kini The Star mempekenalkan kemaskini kepada aplikasi rasmi mereka, mengintegrasikan sokongan Augmented Reality yang dinamakan sebagai iSnap.

Melalui sokongan ini, para pengguna hanya perlu mengimbas surat khabar The Star menggunakan aplikasi mereka (dimana terdapat logo iSnap) untuk melihat kandungan tambahan, seperti berita dalam bentuk audio, video dan gambar-gambar tambahan. Selain daripada memberikan nilai tambah kepada berita yang dilaporkan, ia juga membolehkan para pengiklan menggunakannya dalam menawarkan iklan yang lebih interaktif lagi melalui akhbar tersebut.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi The Star Mobile hari ini, dan mencuba fungsi iSnap melaluinya. Dan seperti dimaklumkan pada awal, anda memerlukan surat khabar bercetak The Star untuk menggunakannya. Namun dari percubaan kami, ia seperti gagal berfungsi, mungkin kerana ia masih pada peringkat awal lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd