Rakam Filem StopMotion Anda Sendiri Melalui Aplikasi Khas Daripada LEGO

Rakam Filem StopMotion Anda Sendiri Melalui Aplikasi Khas Daripada LEGO

Diterbitkan pada Apr 22, 2012 oleh .

Seringkali, video berunsurkan stopmotion menggunakan Lego dalam menjayakan video pendek mereka. Langkah-langkah yang diambil sebelum ini mungkin agak sukar. Namun, kini ianya tidak lagi, apabila pembangun permainan terkemuka itu sendiri melancarkan aplikasi khas mereka untuk membuat filem pendek, dinamakan sebagai Lego Super Hero Movie Maker.

Melalui aplikasi tersebut, ia membolehkan anda merakamkan filem stopmotion anda dengan lebih mudah, dimana anda hanya perlu merakamkan beberapa gambar dengan kedudukan patung yang berbeza-beza, dan kemudian melakukan pelbagai proses edit terus daripada aplikasi tersebut dengan mudah.

Melaluinya, setelah anda mengambil pelbagai gambar melalui kamera terbina pada peranti anda, anda kemudiannya boleh menambah pelbagai efek, selain turut menambah lagu-lagu pilihan yang didatangkan untuk digunakan bersama pada filem pendek anda.

Ia sekaligus akan memberikan lebih inspirasi kepada kanak-kanak mahupun pengguna biasa untuk berlaku lebih kreatif dengan patung Lego mereka, dan hadir dengan filem pendek mereka sendiri.

Jadi, sekiranya anda menggunakan iPhone, iPod ataupun iPad (dengan sokongan kamera), anda mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini, dan membuat filem stopmotion anda sendiri hari ini. Dan sudah tentunya, anda turut boleh merakamkan filem stopmotion anda menggunakan patung lain, dan bukan khusus kepada Lego sahaja, walaupun pelbagai penjenamaan kelak akan menggunakan penjenamaan Lego.


TIPS & ULASAN