Dengan pilihan raya yang menjelang tiba, semestinya kali ini ia akan mendapat pelbagai liputan bukan sahaja melalui media massa utama, tetapi juga media digital dan laman sosial yang semakin popular. Dan dalam mengumpulkan pelbagai data berkaitan dengannya yang dikongsikan melalui Twitter, kini sebuah perkhidmatan baru hadir, dinamakan sebagai TwitFacts.
Melalui laman tersebut, ia memantau aktiviti dan Tweet yang dihantar oleh para pengguna, dan mengkategorikan mengikut beberapa pilihan kategori, dan memperlihatkannya dalam bentuk graf yang amat menarik sekali.
TwitFacts boleh dikatakan masih pada peringkat awal lagi, dimana pembangunnya mensasarkan untuk mengintegrasikan pelbagai data-data yang lain dan statistik semasa daripada berita sehinggalah apa yang hangat dibincangkan melalui laman sosial dan sebagainya, terus melalui laman tersebut dengan mudah.
Dan memandangkan ia menggunakan nama TwitFacts, mungkin kelak platform tersebut akan berkembang, daripada bukan sahaja memfokuskan topik berkaitan politik, tetapi lebih daripada itu, seperti sukan Olimpik, perbincangan pendidikan dan pelbagai perkara yang lain lagi.