Firefox 12 Sedia Untuk Dimuat-Turun Dari Pelayan FTP Mozilla

Firefox 12 Sedia Untuk Dimuat-Turun Dari Pelayan FTP Mozilla

Diterbitkan pada Apr 23, 2012 oleh .

Dengan Firefox 12 yang disasarkan untuk pelancaran pada hari Selasa ini, kini seperti biasa, versi akhirnya telah pun dimuat-naik ke pelayan FTP milik Mozilla, membolehkan para pengguna yang berminat memuat-turunnya terlebih dahulu sebelum pengumuman rasmi daripada pihak Mozilla pada 24 April kelak.

Namun, seperti biasa, ia diingatkan yang mana mungkin berlaku sebarang perubahan akhir, dan mungkin ada baiknya menantikan pengumuman rasmi daripada pihak Mozilla pada hari Selasa kelak.

Firefox 12 merupakan kemaskini daripada versi sebelumnya, yang mana membawakan beberapa sokongan tambahan untuk para pembangun, serta para pengguna. Melalui Firefox 12, ia membawakan beberapa peningkatan, termasuk sokongan “Find” yang lebih dipertingkatkan, para pengguna Windows boleh mengemaskininya dengan lebih mudah berbanding sebelum ini, disamping turut membawakan peningkatan kepada sokongan Download Manager terbina.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Firefox 12 hari ini, dan mencubanya terlebih dahulu, sebelum pengumuman rasmi bersama-sama dengan fungsi penuh padanya diumumkan pada hari Selasa kelak, 24 April 2012.


TIPS & ULASAN