Carian
Samsung Menyediakan Laman Khas Untuk “The Next Galaxy”
April 23, 2012 Aman

Nampaknya, melalui Galaxy S3, Samsung masih menyimpan peranti rahsia mereka, dengan melakukan pelbagai promosi, sekaligus memperlihatkan pelbagai perkara masih belum terungkai lagi. Terkini, melalui laman khas, tgeltaayehxnx.com, Samsung memberikan klu awal, dengan menawarkan pengiraan countdown selama lebih kurang 16 jam lebih sebelum mereka memperlihatkan lebih perkara mengenainya.

Laman ini didapati melalui Tweet yang dihantar oleh pihak Samsung, berbunyi tgeltaayehxnx yang mana merupakan anagram untuk “The Next Galaxy”. Buat masa ini, Samsung masih belum mengeluarkan sebarang pengumuman berkaitan dengan peranti Galaxy generasi baru mereka itu, selain daripada hanya jemputan media pada 3 Mei kelak.

Dengan laman tersebut yang kini menawarkan countdown selama lebih kurang 16 jam lagi, ia memperlihatkan yang mana langkah seterusnya akan diperlihatkan melalui laman tersebut, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu promosi untuk peranti baru mereka itu.

Sebelum ini, beberapa gambar dan juga video yang diperkatakan sebagai Galaxy S3 telah pun mula kelihatan, selain turut dilaporkan Samsung bakal melancarkan Galaxy Tab baru bersama-sama dengan perkhidmatan storan awan mereka, S-Cloud pada tarikh yang sama, 3 Mei 2012.

Komen