Setelah melalui versi percubaan beta sebelum ini, hari ini, Microsoft secara rasminya telah pun melancarkan aplikasi Skype 1.0 untuk para pengguna Windows Phone, sekaligus membolehkan mereka menggunakannya dalam kekal berinteraksi bersama rakan-rakan Skype mereka yang lain dengan mudah.
Melalui versi stabil pertama yang ditawarkan ini, ia membawakan beberapa kemaskini berbanding dengan versi beta yang diperkenalkan pada bulan Februari lepas. Antaranya termasuklah sokongan untuk menambah rakan baru, serta kemudahan untuk melakukan carian. Dari segi prestasinya, ia diperkatakan lebih pantas lagi.
Bagi para pengguna Windows Phone, anda boleh memuat-turun Skype 1.0 untuk Windows Phone hari ini, dan mula menikmati pelbagai tawaran yang dibawakan olehnya. Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba Tango Video Call yang menawarkan beberapa sokongan tambahan berbanding apa yang dibawakan oleh Skype untuk Windows Phone.