Kenny Rogers ROASTERS Memberikan Nafas Baru Untuk Laman Web Rasmi Mereka

Kenny Rogers ROASTERS Memberikan Nafas Baru Untuk Laman Web Rasmi Mereka

Diterbitkan pada Apr 23, 2012 oleh .

Terdapat pelbagai restoran di Malaysia, dan salah satunya adalah Kenny Rogers ROASTERS yang mana merupakan antara restoran yang popular di Malaysia. Dalam usaha untuk terus memudahkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa seperti promosi dan berita-berita berkaitan mereka, kini Kenny Rogers ROASTERS telah pun mengemaskini halaman web mereka, serta memberikan nafas baru untuk web mereka.

Melalui web mereka, ia turut menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, selain daripada memfokuskan kepada promosi semasa, mereka juga menyertakan sokongan untuk mengetahui restoran berdekatan dengan anda. Namun, ia bukanlah menggunakan sokongan geolokasi, sebaliknya memerlukan para pengguna memilih lokasi secara manual melaluinya. Sokongan pautan ke Google Map turut disediakan melaluinya.

Salah satu perkara baru yang menarik melalui antaramuka dan rekabentuk baru laman Kenny Rogers ROASTERS adalah dimana mereka turut sama mengoptimasikan laman mereka untuk menjadi lebih mesra peranti mudah-alih, membolehkan anda melihat laman Kenny Rogers ROASTERS tanpa sebarang masalah melalui telefon pintar mahupun tablet.

Sebagai tambahan, sekiranya anda mengakses melalui desktop, Kenny Rogers ROASTERS turut menyediakan sebuah aplikasi atas-talian ringkas, membolehkan anda mengira tahap kalori untuk makanan yang disediakan, selain mengikuti pelbagai fakta kesihatan melaluinya.

Selain daripada itu, ia kelihatan pihak Kenny Rogers ROASTERS turut sama telah menaik-taraf restoran mereka, membolehkan mereka yang hadir makan ke sana menggunakan khidmat WiFi percuma yang disediakan padanya. Sebelum ini, bukan semua yang mempunyai perkhidmatan tersebut, dan penaik-tarafan ini akan memudahkan mereka yang gemar sentiasa menyemak pelbagai perkara atas-talian untuk menikmati makanan dan membuat kerja pada masa yang sama.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Kenny Rogers ROASTERS hari ini, dimana selain daripada melihat pelbagai menu yang disediakan, anda juga boleh mengikuti pelbagai fakta berkaitan kesihatan, serta mengetahui restoran Kenny Rogers ROASTERS yang berdekatan dengan anda lebih mudah lagi.

Advertorial daripada Berjaya ROASTERS.


TIPS & ULASAN