Video Promosi Untuk The Next Galaxy Dipertontonkan Oleh Samsung

Video Promosi Untuk The Next Galaxy Dipertontonkan Oleh Samsung

Diterbitkan pada Apr 23, 2012 oleh .

Lanjutan daripada semalam, hari ini, Samsung seperti dinantikan telah pun mengeluarkan video promosi pertama untuk “The Next Galaxy” sekaligus membuatkan para pengguna ternanti-nanti dengan apakah yang bakal dibawakan olehnya kelak. Tiada sebarang gambar peranti dikeluarkan, sebaliknya Samsung memaparkan beberapa ayat promosi untuknya melalui video tersebut.

Melalui video tersebut, Samsung mengatakan mereka akan membawakan teknologi pintar ke dalam hidupan anda, melalui sebuah peranti yang amat sesuai dipegang pada tangan anda. Perkara ini mungkin merujuk kepada badan peranti tersebut yang akan dibuat supaya membuatkan para pengguna gemar akan memegangnya.

Disamping itu, ia juga seperti mengatakan The Next Galaxy ini kelak akan membawakan paparan yang lebih baik mungkin dari segi skrin dan juga kamera padanya. Dan menariknya, pada penghujung video berkenaan, Samsung mengatakan mereka yang menggunakan “The Next Galaxy” kelak akan lebih menyerlah daripada orang lain yang diumpamakan sebagai kambing (ditujukan kepada pengguna Apple – iSheep)

Bentuk peranti yang bakal diperkenalkan oleh Samsung masih menjadi tanda tanya buat masa ini.


TIPS & ULASAN