Cari @ Amanz

Pada peranti mudah-alih, terutamanya iOS dan juga Android, terdapat pelbagai aplikasi yang menawarkan sokongan untuk menambah pelbagai efek tambahan, dan salah satunya adalah Instagram yang telah diambil-alih oleh Facebook baru-baru ini. Namun, hari ini, kami tidak ingin bercerita mengenai Instagram, sebaliknya aplikasi yang kelihatan lebih menarik, dinamakan sebagai AfterFocus.

AfterFocus menawarkan pelbagai sokongan tambahan melalui aplikasi mereka, membolehkan anda menambah pelbagai perkara tambahan, termasuk fokus pada gambar, mahupun efek blur, seumpama terdapat pada kamera DSLR, terus menggunakan kamera telefon pintar anda.

Melaluinya, anda boleh mewarnakan lokasi yang ingin difokuskan, di-blur dan sebagainya, dan membuatkan gambar anda kelihatan lebih menarik lagi. Selain daripada itu, efek-efek seumpama Instagram turut disertakan bersama dengannya. Perkongsian sosial yang popular pada pelbagai aplikasi turut disertakan padanya.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencuba sendiri aplikasi AfterFocus ini yang mana didatangkan secara percuma untuk pengguna Android, dan berbayar bagi para pengguna iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd