Firefox Aurora Untuk Android Membawakan Antaramuka Baru Pelayar Web

Firefox Aurora Untuk Android Membawakan Antaramuka Baru Pelayar Web

Diterbitkan pada Apr 23, 2012 oleh .

Pada platform Android, terdapat beberapa pelayar web pilihan, dan salah satunya adalah Firefox. Kini, ia kelihatan yang mana pembangun Firefox dalam usaha sedang membangunkan antaramuka baru untuk pelayar web mudah-alih mereka pada Android, dan sedia untuk diuji terlebih dahulu melalui versi Firefox Aurora.

Melaluinya, ia membolehkan para pengguna menggunakannya dengan lebih mudah, disamping antaramuka yang diberikan nafas baru. Pengguna juga boleh melayari pelbagai tab dengan mudah, dan bergerak dari satu tab ke tab yang lain dengan mudah.

Fungsi penuh disebalik antaramuka baru yang diperkenalkan masih belum dikeluarkan pihak Mozilla lagi buat masa ini. Namun, ia mungkin salah satu langkah dalam usaha untuk mengekalkan para pengguna menggunakan pelayar web mudah-alih mereka, dan tidak beralih kepada Google Chrome.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan Chrome yang memerlukan pengguna menggunakan Android Ice Cream Sandwich, Firefox untuk Android menyokong pelbagai versi, dan untuk mereka yang gemar untuk menguji Firefox (Aurora) untuk Android, boleh memuat-turun fail APK-nya, dan mengujinya sendiri hari ini.


TIPS & ULASAN